18 May 2011

Hari Jadi Ku ke 39 Tahun

Kerja seperti biasa ...ramai juga yang wish happy birthday...ada melalui facebook...melalui sms dan ada juga call...siap nyanyi lagu happy birthday..itulah kawan baikku Wak Dayak(Ishak bin Aliamat). Kerja seperti biasa...tak tahu nak buat apa...tunggu masa pukul 5 balik rumah. Ramai kawan-kawan mendoakan kesejahteraan, kesihatan...murah rezeki...appreciate sangat...dan ada juga mengucapkan tahniah anak yang bakal lahir...tak sabar rasanya nak tunggu hari yang bahagia tu hehehe. Buat isteriku...terima kasih atas ucapanmu...semoga kita bahagia sehingga ke anak cucu...amin. Buat Amin...ayah sayangkan Amin. Apa nak buat pada hari ini?

15 May 2011

Accident

Pada 12 hb Mei 2011..aku bersama dengan isteri dan juga anak jantan ku pergi ke Mahkamah Muar untuk mediasi kes kemalangan melibatkan aku sekeluarga dimana 3 kematian telah berlaku. Dalam kejadian itu anak jantan ku parut sehingga pada hari ini. Dalam mediasi ini anak jantanku telah mendapat sebanyak 10 k manakal aku 1 k. Kereta MBD 4946 yang menjadi kontroversi. Yang menjadi isu antara ku dan juga orang umah aku adalah peguam yang mewakili aku, orang umah aku dan juga anak jantanku. Peguamku menggunakan kereta myvi...manakala pihak lawan peguam insuran memakai kereta honda accord baru. Pakaian lak peguamku memakai baju kurung...manakal peguam insuran memakai blaus serta skirt yang boleh dikata standard. Aku terfikir peguamku pengalaman paling lama 2 ke 3 tahun...manakala peguam insuran pengalaman tidak kurang 15 ke 20 tahun. Seorang peguam yang berpengalaman dengan peguam yang masih mentah...comfirm kena buli. Pada situasi tersebut peguam insuran hanya membenarkan claim sebanyak 12, 480k sahaja...selepas aku merayu dapatlah tambah 1k lagi penat aku mengeluarkan suara. Tapi aku dapat merasakan betapa rendahnya maruah ku didepan peguam insuran pada itu...aku akan sentiasa menjadikan pengalaman ini sebagai ikhtibar... begitulah kalau kita tidak berkemampuan kita terpaksa menggunakan peguam yang tidak perlu bayar apa2 pun...akhirnya kita tak berjaya..satu pengajaran bagi kita yang tidak berduit. 20% untuk peguam...plastic surgery anak jantanku cost je 6k..belum ward...ubat dan lain2. Apa yang boleh aku katakan...APABILA KITA ACCIDENT...ADA PIHAK YANG MENGAMBIL KESEMPATAN DIATAS KESUSAHAN KITA...1) TOWING UNTUNG...2) SJN TRAFFIC...UNTUNG...3) WORKSHOP KERETA UNTUNG 4) ADJUSTER UNTUNG 5) PEGUAM INSURAN UNTUNG 6) PEGUAM AKU UNTUNG....SO SIAPAKAH RUGI????

11 May 2011

HUT KKD ke 44 Tahun

Hari ini HUT Kor Kesihatan DiRaja...perbarisan dibuat di INSAN. Tadi dapat berjumpa dengan kekawan yang dah lama tak jumpa. Jumpa juga dengan Mej Rahim yang baru bertukar ke 93 Depoh Perubatan. Dia bertanya adakah dah habis masters.....aku pun cakap jelah dah habis. Mulalah dia tanya umur aku....lepas tu dia bercakap Kesihatan tak buat apa-apa ke? Apa yang ku fikirkan sekarang aku cuma Pegawai Waran II dalam Kor Kesihatan DiRaja Tentera Darat Malaysia. Siapakah aku ini dimata pihak atasan? belajar sendiri...bayar sendiri. Aku masih berminat untuk meneruskan dalam perkhidmatan...aku selalu juga membaca dalam facebook yang sekarang ada group sembang-sembang Kor Kesihatan DiRaja....baca komen-komen ex KKD. Bertapa seronoknya dapat berkhidmat didalam KKD...kenangan dalam askar. terjumpa tadi Ex KKD telah bersara 22 tahun...seronok datang ke HUT KKD ke 44tahun...sama2 meraikan. Aku dapat bayangkan kenangan yang terimbau...nostalgia...tempat semasa mula masuk tentera sehingga tamat 22 tahun di dalam KKD. Aku dapat bayangkan bertapa berharatnya beliau untuk menceritakan betapa istimewa dalam perkhidmatan. Adakah itu yang aku alami setelah bersara dalam perkhidmatan?

10 May 2011

IVF

Semalam 9 hb Mei 2011, ada appointment dengan Dr Ahmad Saifuddin di Mahkota Medical Centre. Scan baby semalam. Nampak dengupan jantung baby...dan sahlah isteriku mengandung anak single. Aku tak kesah twin ke single...aku tetap happy bila nampak ada baby di dalam rahim isteriku. Semoga anak dalam kandungan isteriku sihat walafiat...amin. Masa aku ingin menulis di dalam blog ni isteriku tak habis2 nak tengok...tak ada privacy untuk aku meluahkan apa yang tersirat disini...buat anakku yang bakal lahir nanti cerita ini buat mu...ayah sentiasa mendoakan dirimu untuk membahagiakan hidup ayah dan keluarga kita. Long confius hari ni...Kenapa satu je ayah? Mana lagi satu? Hehehe...soalan yang tidak boleh dijawab. Ibunya pulak tengah angin...ayah tak bagi tengok apa yang ayah tulis...sabar jelah pembawak budak. Esok 11 hb Mei 2011 Hari Ulang Tahun Kor Kesihatan DiRaja yang ke 44.

08 May 2011

IVF

Konvokesyen untuk Masters aku pada 01 Okt 2011 di UUM Sintok. Bangga gak aku ni...hehe tak sangka aku berjaya mengengam segulung Masters...Master of Science Occupational Safety and Health Management(MSc OSHM). Rezeki master anak kembar hehehe. Esok isteriku scan baby...harap2 anak dalam kandungan isteriku sihat walafiat. Buat baby ayah sempena Hari Ibu hari ini...jaga diri baik-baik k...love you both tak sabar nak menunggu ketibaan korang berdua.

IVF

Setelah isteriku menjalani IVF akhirnya Dr Ahmad Saifuddin from Mahkota Medical Centre telah mengesahkan isteriku mengandung selepas ujian Beta HCG 1180 MIU. Daripada Dr daripada ujian tersebut kemungkinan besar TWIN. Semoga allah memberi kami anak kembar...akulah orang paling gembira selepas ini. Esok bersamaan 09 Mei 2011 akan ada lagi appoinment untuk scan baby....tak sabar rasanya. Love my wife...muah