21 July 2011

Pencen 22 Tahun

Penghujung perkhidmatan aku....lagi 5 bulan untuk aku menabur khidmat di 94 Hospital Angkatan Tentera...adakah org menghargai aku. Kita tunggu dan lihat hehehe...adakah kita dihargai. Apa yang aku nampak sebelum ini semua yang bersara...takde ape2 yang istimewa...tiada peghormatan...tiada cenderahati. Mess Bintara...anggota dah bertukar, berpencen tak buat apa2 pun...semoga YDP baru dapat menjalankan tugas.
Kawan2 ku...Acong...cakap...sambunglah bro...aku tak dengar...cukuplah bro...aku nak mulakan hidup baru...Bos aku Dato' Farid siap nak sokong aku jadi pegawai...hehehe...aku hargai Dato'...tapi aku perlu mulakan hidupku yang baru didunia awam...Maaf Dato'...saya hargai perhormatan Dato' pada saya. Akhirnya Dato' akur dengan keputusan aku...hehe...dia tahu masa depan aku dalam awam bukan dalam tentera. Begitu juga CO aku...Datuk Chia...lu mahu berhenti...saya tak mau sain...hahaha...last bila aku bagitahu hasrat aku untuk pencen...dia terima juga...dia tahu siapakah aku dalam tentera.


20 July 2011

Pencen 22 Tahun

Project Training Center in progress. Interview Kolej Islam Sains Teknologi(KIST) tak tahu lagi...tapi nak kerja pun lambat lagi...kursus peralihan start 6/3/2012. Semasa temuduga KIST untuk menjadi lecturer MLT atau lecturer OSH...aku pun tak tahu. tengok simple sangat interview...one by one...sabo jerlah. Kalau dapat...adakah aku ingin berhijrah sehingga ke Kelantan...Trengganu...mcmmana dengan rumahku...adakah aku perlu membeli rumah lain...adakah perlu aku menyewa rumahku ini. Bagaimana pula isteriku...bolehkah isteriku dpt bertukar ke Kelantan...yg diketahui tempat lubuk untuk posting bagi rakyat kelantan. Apa yang aku tahu semasa di kolej senior aku majoriti kelantan...satu batch aku...majoriti kelantan...junior aku...majoriti kelantan...super junior...super duper junior....majoriti kelantan. Confius aku...kelantan memonopoli semua SPA 8...semua perkhidmatan.
Kalau dah bersepah kelantan sahaja...mcmmana isteriku nak posting ke kelantan...boleh ke dapat....aduh...sakit kepala aku...hahahaha. Gaji lak...adakah berbaloi????
Semalam Arvind telipon bagitahu ketua Module untuk MLT kat UniKL nak mencari lecturer MLT specialized hematology dengan cytology...aku mmg suka sgt. Arvind cakap ada member nak pencen hahahaha...kalau dapat kerja dengan Arvind aku mmg suka sgt. Arvind ni aku boleh ketegori pro...and MacGyver...cekaplah...dan pandai. Aku lak boleh le sikit2...baru nak berjinak...jinak nak pandai hehehe. Nama je ada Master Degree...hehehe hampeh hahahaha. Mcmmana rezeki aku selepas bersara ini...adakah aku boleh berjaya...boleh meningkat...
Aku telah membuktikan dalam LLP aku boleh belajar sehingga mendapat Master Degree...berjaya jugak penah lelah aku...siksa hujung minggu aku...assignment yang bersepah...presentation...exam final....dan last sekali Thesis aku....berkat doa ibu yang kusayang...isteriku yang kucintai...yang bersusah payah...yang banyak memberi dorongan...anak jantanku...yang fed-up dg aku...bila sabtu, ahad...aku takde umah...ada kelas...akhirnya...Mak...Ejam berjaya mak...berjaya mengengam Master Degree....Abg berjaya Ayang...Ayah berjaya Long.

Kenangan Singapore, Sungai Petani

Salam...minggu yang sibuk. Pengalaman memasuki Singapore bawak keta lak...hahaha. Pakai GPS tak guna apa....nak g Marina bay Sands tak ada dalam GPS....redah punya redah...nasib baik dah servey kat internet mcmmana rupanya Marina Bay Sands. Tempat mmg cantik dan class. Marina Bay Sands senang nak ingat sebab semasa imegresen Singapore dia tegur no kereta aku...MBS 457...ooo...MBS(Marina Bay Sands)...masa tu terus lekat kat kepala...kalau tak...Marina Sands lah....mcm2 aku sebut hahaha. Dalam bangunan MBS...ada Casino...ketiga terbesar didunia...first..Las Vegas...second Macau...third MBS Singapore. Kelakar aku masuk casino dg bos aku Dato' Farid hehehe....aku rasa kelakar masuk ke casino ni. Apa le yg diorg main ni....sampai aku menung nengok...tak faham...faham...hahahaha. Itulah pengalaman aku di casino...nak main tak pandai...hehehe....lagi pun duit dia tinggi sgt....x 2.47. Selama 6 hari aku berada di Singapore bersama dg Isteri dan anak jantanku. Isteri tengah mengandung...jalan jauh sikit kepenatan...takpe....kesian kat isteriku...mcmmana kasihsayang aku semua pada isteriku...dan aku ternanti2 anakku yang bakal lahir.
Aku sempat pergi ke Universal Studio di Sentosa. Rupa2nya Universal Studio di Sentosa...di First World Sentosa, Singapore. kalau First World means....kepunyaan Goh Tong(Tauke Casino Genting Highland)...Singapore ada 2 casino...perhhh. Cerita balik tentang casino di Singapore...bagi rakyat singapore...bila2 masa boleh masuk...tak kira melayu cina...india....atau apa2 bangsa sekali pun. Cuma...jeng3.....setiap kali masuk kena bayar 100 dollar singapore. main kira lain. Bagi warganegara lain masuk free. Itu cara diorg taknak mengalakkan rakyat sendiri main judi....kalau tak pemandu teksi tak g kerja...main judi jelah....hahahaha.
Aku dg isteri dan anak jantan aku...tiap2 hari g makan kat Arab Street. Kedai Zam2...mmg sedap...harga mcm kita kat Malaysia...cuma kalau covert....hahaha x 2.47. Sempat g sarapan di Gelang serai.
Aku sempat juga pergi Night Safari, Under water world...Singapore Flyer..jumpa kawan baik isteriku semasa sekolah rendah...main basikal dg anak jantanku...hahaha...mcm2 kenangan hahaha....perabih...perabih...hahahaha.
Balik sahaja dari singapore...aku kena pergi ke 2 Bn Ubat,Sungai Petani lak. Kena Lembaga kenaikan pangkat PW 1. Aku nak tolak tak boleh ...apa jawapan OC aku...saya mejar jer...yang atas tu Lt Jen...susah nak buat justifikasi...sabo jerlah...last2 pergi niat nak jumpa kekawan...hahahaha....akhir sekali...sondol Ejam...sondol. Ada 4 peperiksaan...1. Ujian kepimpinan...aku org pertama keluar...hahahahaha...2) ujian pengetahuan am...sama gak aku org pertama keluar...hahahahah...3) ujian tred...sama gak 1/2jam dah siap dari 11/2jam....4) ujian kawad...hahahaha...kena pusing bawak tongkat aku hahahaha...kiri kanan kena bawak tongkat. RSM Tuanku Mizan PW 1 Selamat dg DSM PW 1 Bahaman...kena tawaf tongkat kiri kanan...hahaha...aku sondol jer....Ape yang aku kena aku anggapkan seronok2. Last day...temuduga dengan DG Dato Razak. Aku kena perang support dengan geng2 BMI tinggi...seksa betullah...ingat dah Pegawai waran dah besar...rupanya...mcm budak2...sabojerlah. Pengalaman hidup ku yang takkan ku lupakan...tengah menyimpan kenangan dalam askar..Hormat Panglima Kehadapan Hormat.