Dapat maklumat yang aku dicalonkan untuk menjadi pegawai SD(Tugas Khas)...susah hati pun ada...takut pun ada. Layakkah aku...maklumat yang aku ketahui hanya aku seorg sahaja wakil tred makmal dicalonkan untuk menjadi pegawai SD. Permulaan cerita pihak BPK berkehendakkan seorang LLP berpangkat SSjn keatas umur 38 tahun kebawah. Aku lak dah 39 tahun settle takyah...hahaha. Nak jadikan cerita le pulak calon yang umur 38 tahun ke bawah hanya ada seorang sahaja pangkat PW 1 umurnya 37 tahun. Bila dimajukan, nama aku pun lekat sama. Aku tahu cerita...takpe 50-50. Bila masa pemilihan yang berumur 37 tahun tak disokong oleh CO dia pulak. Bila nama aku...telipon Dato Farid...sokongan kepada aku...bila telipon CO...sokongan pun pada aku. Last yang aku tahu Pengarah dah bersetuju...akan dibuat board No 2 di CSM untuk menjadi pegawai SD. Aku pulak dinasihat untuk menurunkan BMI hahaha....bukan gemuk besor jer hahahahaha. Aku tak berapa tahu sangat perjalanan nak jadi Pegawai ni...tak termimpi pun aku...kita tunggu dan lihat. Aku teringat RSM(Pak Yeop) cakap dg aku...selagi belum habis TTP jangan mengada nak berhenti. Sabor jelah.
Macammana le agaknye kehidupan aku selepas ini? Bermula nak berhenti 19 tahun nak menceburi kerjaya di KKM sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan(U29). Dinasihati oleh sahabat aku Budak Wan Perlis(Riduan Darus) jangan berhenti sambung sampai pencen. Bila aku buat keputusan pencen barulah aku pergi kursus KPTTR sama dengan sahabat baik aku Acong(Shamsul Ab Raji)...sama2 kena lanyak di 5 RAMD Kluang, Johor. Rezeki aku dapat dinaikkan ke pangkat PW 2. Selepas tu sempat board PW 1 di Sungai Petani, Kedah. Lulus bersyarat...hehehe...sebab BMI dan UKA gagal. Aku lak masa pergi board ni saje je nak makan angin untuk berjumpa dg kawan2 lama. Kepala hotak fikir nak pencen jer....sabor jer lah. 16/9/2011 aku dapat tahu aku dicalonkan untuk jadi pegawai SD setelah dapat sokongan dari Pengarah. Macamana pencen aku ni....jadi ke aku nak berpencen ni. Bolehkah aku lulus dalam lembaga kenaikan pangkat ke pegawai dijangka pada OKT 2011 ini?