31 October 2011

Kad Hari Raya

Inilah kad hari raya dari aku sekeluarga. Isteriku mempunyai idea dimana menghantar kad hari raya kepada saudara dan sahabat handai. Tapi mcm takde point jer...ingatkan mencuba tradisi lama dengan menghantar kad hari raya...tapi kalau kita jer yg buat...org lain tak buat....mana nak best. Aku terfikir bila hantar ker rumah orang....dimanakah dia akan simpan kad hari raya aku? Adakah kad raya aku ini dihargai? Tapi bergambar bersama keluarga masa ni mmg best....poyo hehehehe. Walaumcmmana pun idea isteri ku mmg best...rasa nak buat lagi tahun depan tambah seorg lagi...yeyeyey...anak dara ku yang bakal lahir tak lama lagi. Tadi isteri aku cakap dengan anak jantan aku....Amin masa ibu nak beralin nanti tengok2 ayah...nanti dia mengorat nurse...hehehe...sabor jerlah...buat isteriku....abang tak sabar nak menunggu kehadiran anak kita tahu tak....macho jer...excited giler2 tau. Aku cukup takut nak tengok isteri aku bersalin....dalam kesakitan...dalam keadaan "meneghan"...tak sanggup aku nak tengok....mahu pengsan aku....aku tak sampai hati nak tengok isteri aku sakit nak beranak....aku terlalu sayangkan dia. Selamat menyambut Hari Raya Haji pada 06 hb Nov 2011. Buat Yang(kakakku) Roslinah binti Abd Hamid dan suami(Abg Lid) semoga menjadi Haji Mabrur....doakan isteri Ejam selamat melahirkan anak....anak sihat walafiat. Begitu juga Abang Udin dan Kak Ham...doakan aku isteriku dan anak2 ku murah rezeki dan berjaya dalam hidup...amin.

gambar

06 October 2011

27 minggu anak daraku 3D


Hari ini Scan 3D anak dalam kandungan isteriku. Kalau dilihat pada gambar ini....anakku tengah senyum....nampak tembam anakku. Lagi 11 minggu...ayah tak sabar nak menunggu kehadiran anak ayah. Semoga kehadiranmu akan lebih mencerikan kehidupan ini....Love u baby...muah

Graduation Master of Science(OSHM) UUM

Alhamdulillah selesailah sudah Majlis Konvokesyen Ke-24 Universiti Utara Malaysia Sesi Ke-4 Di Dewan Muazzam Shah pada 02 haribulan Oktober 2011 bermula jam 1400 sehingga 1730. Ucapan ribuan terima kasih buat isteriku tercinta Mariawati binti Mustafar dan anak jantan ku Muhammad Amin Aminin bin Roshezam diatas sokongan sehingga berjaya mengenggam sekalung Ijazah Sarjana. Tidak pernah dilupakan buat Lecturer Prof Aziz, Mr Lukman, Mr Is, Dr azimah, Ir Daud. Buat tenaga kerja NIOSH Bangi Wana, Ina dan Suhaila(OUM) dan yang terakhir kawan-kawan seperjuangan Arvind, Zul Daud, Amir Arafat, Hasrul, Abah, Mejar, Yun, Kak Rose, Faz, Pau, Abg Man, Isma, Zamni, Zam(TNB), Azam(TNB), Chombee, Thiban, Vkey, Siva, Arun dan Arab. Bagi kawan yang belum grad insyaallah lepas ni...hehe.
Nampak gayanya....aku jadi juga berpencen...tak jadi pegawai....insyaallah ada hikmah disebalik semua ini....