Perginya aku ke Mekah bersama-sama Isteri, Mak Mertua, Anak Jantanku Amin dan Anak Daraku Almira. Flight pada 11hb Mac 2013 pada jam 2200 Egypt Air. Transit di Bangkok terus ke Kaherah(Cairo). Dari Kaherah terus ke Jeddah. Dari Jeddah ke Madinah. Ya Allah ya tuhanku...sihatkanlah tubuh badanku supaya aku dapat mengerjakan umrah dengan sempurna. Kau terimakah ketidaksempurnaan ku ini untuk beribadat kepada mu Ya Allah.
09 March 2013
Mengerjakan Umrah
Labbaikallah Hummalabaik. Labbaikala Syarikalakalabaik...Innaihamda Walniqmata Lakawalmuk Lasyarikalah.
27 January 2013
Dah Sunat Dah Anak Jantan Aku Smart Klamp
Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 23 Januari 2013 anak jantan aku telah bersunat di Klinik Family Taman Cempaka. Alkisah nak bersunat ni banyak betul dugaan....bila difikirkan bersabar banyak-banyak. Pada 21hb Jan tu hari isnin aku berbincang dengan wife aku pasal nak sunatkan anak jantan aku berlanjutan nak pergi mengerjakan umrah pada 11 Mac 2013 sehingga 22 Mac 2013 ini. Anak jantan aku sepatutnya bersunat masa cuti sekolah lepas disebabkan aku sibuk dan masa tu mak mertua aku pulak masuk wad kat MMC...cancel sunat. So perbincangan pada isnin tersebut dengan membuat beberapa panggilan telipon kekawan terutama Mona jiran aku tentang tempat dan mcmmana situasi keadaan anak dia yg lepas...aku dengan wife aku membuat keputusan KASI POTONG pada hari rabu. Sesampainya aku kat Klinik Family di Taman Cepaka, Melaka...aku pun berjumpalah dengan pertugas kaunter...aku bagi tahu nak jumpa Doktor...nak tanya bolehkah menyunatkan anak lelaki saya pada petang hari rabu? Jawapan kaunter Dr takde...encik datang esok....aku confius betul jawapan tu...aku tanya lagi saya nak tanya bolehkah nak sunatkan anak lelaki saya pada rabu petang ini?...Jawapan yang aku dapat...Encik datang esok tanya Dr sendiri....ANGIN LE AKU...susah sangat ke ko nak telipon DR....begitu privacy ker no Dr nak bagi kat aku? Dah aku angin satu badan barulah bagi no telipon Dr kat aku...aku telipon...punya le baik Dr nya...boleh nanti datang telipon saya...SELESAI MASALAH. So rabu tu kena sembelihlah anak aku. Dan minggu ni aku sibuk menjaga anak jantan aku...hehe...seperti biasa minggu ni mandikan anak jantan aku...seronok aku...GONYOH SATU BADAN...bersih dan wangi hehehe.
Teringat kenangan aku bersama dengan aruah ayah aku masa aku kecil...........balik saje aruah dari market(pasar jual ikan) tengahhari tag line aku....sampai sekrg kalau kawan kampung mesti sebut macam tu............EJAM BALIK MAKAN...TAK MAKAN MATI TAU....itulah tagline nye setiap tengahhari panggil aku makan....dengan jeritan dari rumah. Petang pulak dia akan mencari aku sebelum masuk waktu maghrib....berkejo...kejo le aku dengan aruah...anak bongsu hehehehe....aruah kejo ikut sini...aku lari ikut sana...tapi last menyerah jugak. Panggil balik...nak MANDIKAN AKU. Bila dimandikannya aku....jirus...punya jirus tang sabun tu mesti kena GONYOH...SENTAL...dari atas sampai kebawah...memang aruah seorg yg sangat pembersih. Yang tak tahan pedih mata tu...hehehe...sekarang masa anak jantan aku kecil...macammana aku kena dia pun kena jugak hahahaha. Dah lama anak jantan aku tak ku mandikan...dah besar...11 tahun dah...tapi disebabkan bersunat ni....hahaha....kena mandi...GONYOH...SENTAL....pedih mata hahahahahaha.
Semoga Allah s.w.t menyenangkan perjalanan aku ke Tanah Suci. Biarlah semua berjalan dengan lancar. Aku akan pergi mengerjakan Ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah melalui agen Andalusia pada 11 Mac 2013 balik pada 22 Mac 2013 Ziarah Cairo(Pyramid). Bersama-sama aku isteri tercinta Mariawati binti Mustafar, Ibu Mertua yang kusayang Kamariah binti Mohd Dawi, Anak jantan ku Muhammad Amin Aminin bin Roshezam serta anak dara ku Almira Afrina Amni binti Roshezam. Mohon doakan aku dan keluarga selamat pergi, sentiasa sihat dalam mengerjakan ibadaha umrah dan selamat pulang. Amin...amin...yarabbal'alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)