14 March 2015

Selamat Hari Jadi Yaya 3 Tahun




Selamat Hari Jadi buat anak daraku yang kusayang
Almira Afrina Amni binti Roshezam
I love u very much Yaya

Khutbah Ustaz Abdullah Khairi

Hari ini aku menangis sedih bila mendegar khutbah Ustaz Abdullah Khairi...aku sedih mengenangkan bertapa berdosanya aku...aku sedih bertapa alphanya aku akan kenikmatan dunia ini. Ya Allah...Ya Tuhanku aku mohon ampunkan dosaku Ya Allah.

Alhamdulillah setelah mengalirkan air mata kurang stress yang aku alami. Kalau kita merasa kecewa dengan sesorang atau kita bersedih dengan seseorang tidak salah kalau kita menangis...sekurang-kurang apabila kita sudah berhenti nangis kita akan rasa release. 





20 November 2014

Ibuku Jamaiah binti Mosa

Entah kenapa hari ini aku teringat kat Ibu ku yang paling aku sayangi. Sedih bila aku baca dari blog Cikgu yang aku hormati En Lukman lecturer aku masa aku buat Sarjana. Harap jadi pedoman untuk kita semua.

Ibuku seorang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar."


PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata: "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." 

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, ibu tak haus!!"

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki."


PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata: "Jangan susah-susah, ibu ada duit."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." 

PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata: "Jangan menangis nak, ibu tak sakit."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu..

Rumah Safety Manager Kena Rompak



Loh&Loh-WET JV diberi peranan untuk membuat project Water Treatment Plant di Petronas Rapid di Pengerang Johor.

Buat sementara ni aku dipertanggungjawabkan untuk membetulkan dokumen berkaitan dengan Safety dengan En Mahmud bin Mohd Tahar Safety Manager.

Pada 2 hari lepas awal pagi aku cuba call le En Mahmud...call punya call masuk massage. Aku confius...apasal lak masuk massage ni...tak charge ker handphone?...Luar kawasan ker...entah ler.

Lebih kurang jam 1100 pagi ketika aku kat tingkat bawah....aku nampak dia dtg...terus bagitahu kat aku...Rumah aku malam tadi kena rompak. Istigfar panjang aku.... Mula teringat keluarga aku kat rumah.

Apa yang aku fikirkan sekarang...bila ada penceroboh masuk ke rumah kita ketika kita ada dirumah...itu telah mencabul privacy kita...secara tidak langsung kita tidak selamat berada didalam rumah kita sendiri.

Sedikit tips buat yang mengikuti blog aku ini.

- Pasang alarm di rumah.
- Kalau tak mampu nak beli alarm...modal yang besar...letakkan kotak Alarm sebagai dummy.


- Begitu juga cctv....letakkan yg dummy




- Pintu belakang kebanyakan perompak dia menggunakan cutter dan sekarang yang canggih sikit hydrolic cutter...perompak ini bukan memotong mangga tetapi gegalang antara pintu dengan mangga.


So pintu belakang tambah kunci selak atas dan bawah jgn harap kunci yang dipasang oleh Developer sahaja.

Nasihat kepada yang baru nak beli rumah...atau nak renovate rumah...budget utk safety jgn dilupakan...kebanyakan kita banyak lupa tentang safety bila kita nak buat renovation permulaan selepas membeli rumah.

Cadangan:

Bila nak renovate masukkan sistem alarm
1) Pintu hadapan
2) Tingkap hadapan
3) Pintu atas sliding(Kalau 2 tingkat)
4) Atas shilling ada sensor
5) Ruang tamu ada sensor.(Boleh ditutup sekiranya ada saudara mara tidur di ruang tamu)
6) Pintu belakang
7) Tingkap belakang

Sekira kita tidur didalam bilik bawah make sure papan kekunci seperti gambar dibawah






 berada didalam bilik bawah dan ditingkat atas sebelum turun tangga.

Kenapa saya mengesyorkan begitu? Bila kita nak tido kita akan memasang sistem alarm didalam rumah kita..."Function Home" semua sensor di ruang tamu akan diaktifkan.

Kalau kita nak keluar waktu malam konon2 nak pergi minum....keluar sahaja sensor akan detect ada haba...sistem alarm anda akan berbunyi. So sebelum keluar bilik atau turun dari tingkat pastikan sistem alarm ditutup.

Pada permulaan agak susah untuk membiasakan menggunakan sisitem alarm ini...dan kita selalu terlambat sikit berbunyi...terlupa berbunyi...so biasakanlah...lama2 dah jadi kebiasaan...susah ler sikit nak dengar bunyi hahaha...tapi macam biasa manusia ni kan ke cepat lupa...walaupun dah biasa kekadang berbunyi jugak....hahaha.










10 November 2014

Bersama Anuar Ucop X 3 Batalion Perubatan

Pada 08hb November 2014 aku ada kelas mengajar di oum BATU 9 1/2 di Kuching, Sarawak. Perjalanan yang baru bagi aku yang baru bekerja di Kuala Lumpur. Flight ke Kuching pada jam 1000 pagi...memandangkan inilah perjalanan yang pertama ke Kuching menggunakan KL Express...pertama kali melalui KL Sentral...aku malam tu tak tidur lena memikirkan perjalanan esok...Adakah jammed? berapa jauh perjalanan dari Mount Kiara ke KL Sentral?...KL Sentral ke KLIA?. Serabut jugak. So disebabkan itu aku membuat keputusan keluar pada jam 0630 pagi supaya jalan tak jammed dan perjalanan lancar. Sampai kat KLIA jam 0800...breakfast...lepak jap...check in. 
Sampai kat Kuching jam 1230 tgh hari...nak check in kelas start jam 2.00 ptg...so lepak jap kat airport jam 1.30 baru naik taxi airport terus ke OUM Batu 9 1/2. Sampai jer aku kat OUM jumpa En Senin ex KKD orang lama(Security OUM) sembang kejap...dia bukak cerita tentang Anuar Ucop....aku nak cerita sikit tentang Anuar Ucop ni.
Aku kenal Anuar Ucop pada tahun 1991 selepas habis rekrut(intake 121/90) PLR, Port Dickson. Selepas tamat latihan rekrut aku dapat masuk Kor Kesihatan DiRaja(KKD) dulu KKAT(Kor Kesihatan Angkatan Tentera). Seramai 60 orang rekrut temasuk aku dapat masuk medical. Semua kami dihantar ke SKK(Sekolah Kor Kesihatan) sekarang INSAN(Institut Latihan Kesihatan). Yang ambil aku masa tu PW 2 Mazlan(Encik Lan Bujang) pencen PW 1(RSM IPP tak salah aku). Sesampai ke INSAN kejap je...kami semua berpecah semula mengikut unit. Aku seramai 10 orang pergi ke Kluang, Johor unit 3 Batalion Perubatan. Nama skot yang pergi ke Kluang Aku, Yusri(Gaban), Khairul(Atan), Zunata(Nata), Tuan Azrul(Abah), Shaari(Bomoh), Sumadi(Sarjan), Dien, Jonas dan 1085929 Mohd Zon bin Awang Lah.
Sesampai ke unit 3 Ubat bermulalah kerjaya aku sebagai seorang tentera berpangkat Perajurit Muda....panggilan tetap rekrut...panggilan yang paling menyakitkan...REKRUT...REKRUT...ko takde mulut ke REKRUT. YE STAFFFF...hahaha. Kena ragging dengan skot lama bilik bujang. Ada yang ragging nak cari gaduh...ada nyamuk...ada batu api...dan macam2 perangai aku jumpa. Ada 2 org kpl duduk bujang En Sahim(Ex RSM 94 HAT) dan aruah Abang Abu Hassan yang lain semua prebet. Cerita masa bilik bujang ni masih dalam ingatan macam baru semalam sahaja berlalu. Harap jadi iktibar buat semua.
Cerita balik Anuar Ucop...masa aku kena ragging dan masuk ke 3 Ubat...masa tulah aku mengenali Anuar Ucop...kawan ataupun sahabat yang tak pernah ragging aku semasa aku menjadi penghuni baru bilik bujang 3 BN Ubat. Kawan yang aku kenali lemah lembut...cakap pun lembut...tak reti marah orang.....Baiknya Anuar Ucop yang aku kenali. Semasa di Kuching selepas sembang En Senin dia bagi no telipon Anuar Ucop. Hari tu kami berjumpa...dia kawankan aku tido kat Hilton Hotel. Banyak cerita lama yang kami kongsi bersama...Anuar Ucop yang aku kenali...sama jer...Cakap lemah lembut...bersopan...baiknya Anuar Ucop. Semoga sahabat aku Anuar Ucop dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Terima kasih Anuar Ucop...senorok jumpa ko.


05 November 2014

SENIOR SAFETY OFFICER

Kelmarin 3hb November 2014 adalah hari pertama aku bekerja sebagai Senior Safety Officer di Loh & Loh Construction di Jalan Hartamas 7, Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Aku akan bertugas di Pengerang, Johor untuk Petronas Rapid Project RAW Water Treatment Plant. Sementara sebelum bermulanya kerja2 di site aku bertugas di HQ di Sri Hartamas. Dari segi accommodation aku di sediakan sebuah kereta iaitu Hyundai Tucson dengan kad minyak RM500.00 permonth kalau tak cukup kena top up duit sendiri nanti boleh claim, sebuah bilik Kondominium di Mount Kiara dg aircond dan claim telipon(yang ni aku tak sure).
Safety Manager aku En Mahmud Mohd Tahar otai Safety ...umur dah masuk 57 tahun...perhhh masih kuat dan sihat. Alhamdulillah. Projeck Manager Mr Ooi Cheng Teik manakala Director Manager Mr Tan Lek How. Aku dg En Mahmud share kerja En Mahmud jaga Safety aku cover Environmental dan First Aid.
Banyak benda yang nak kena belajar....aku dah bagi beberapa suggestion harap ada yang dengar... just follow the Invitation Bid Tender 10.3.31 PPEContractor or Sub Contractor shall provide ...One piece coverall for construction activities....as usual selalu kena ingat cakap cikgu When u become a Safety Officer you are not an enforcement but u just an advisor....yang aku tak dpt nak buat... official latter to management to support me in future.Hopefully after this all this can be change.
Miss my lovely wife mctie, my son amin and my cute girl almira very much. Love u all very much  

21 February 2014