Pada 08hb November 2014 aku ada kelas mengajar di oum BATU 9 1/2 di Kuching, Sarawak. Perjalanan yang baru bagi aku yang baru bekerja di Kuala Lumpur. Flight ke Kuching pada jam 1000 pagi...memandangkan inilah perjalanan yang pertama ke Kuching menggunakan KL Express...pertama kali melalui KL Sentral...aku malam tu tak tidur lena memikirkan perjalanan esok...Adakah jammed? berapa jauh perjalanan dari Mount Kiara ke KL Sentral?...KL Sentral ke KLIA?. Serabut jugak. So disebabkan itu aku membuat keputusan keluar pada jam 0630 pagi supaya jalan tak jammed dan perjalanan lancar. Sampai kat KLIA jam 0800...breakfast...lepak jap...check in.
Sampai kat Kuching jam 1230 tgh hari...nak check in kelas start jam 2.00 ptg...so lepak jap kat airport jam 1.30 baru naik taxi airport terus ke OUM Batu 9 1/2. Sampai jer aku kat OUM jumpa En Senin ex KKD orang lama(Security OUM) sembang kejap...dia bukak cerita tentang Anuar Ucop....aku nak cerita sikit tentang Anuar Ucop ni.
Aku kenal Anuar Ucop pada tahun 1991 selepas habis rekrut(intake 121/90) PLR, Port Dickson. Selepas tamat latihan rekrut aku dapat masuk Kor Kesihatan DiRaja(KKD) dulu KKAT(Kor Kesihatan Angkatan Tentera). Seramai 60 orang rekrut temasuk aku dapat masuk medical. Semua kami dihantar ke SKK(Sekolah Kor Kesihatan) sekarang INSAN(Institut Latihan Kesihatan). Yang ambil aku masa tu PW 2 Mazlan(Encik Lan Bujang) pencen PW 1(RSM IPP tak salah aku). Sesampai ke INSAN kejap je...kami semua berpecah semula mengikut unit. Aku seramai 10 orang pergi ke Kluang, Johor unit 3 Batalion Perubatan. Nama skot yang pergi ke Kluang Aku, Yusri(Gaban), Khairul(Atan), Zunata(Nata), Tuan Azrul(Abah), Shaari(Bomoh), Sumadi(Sarjan), Dien, Jonas dan 1085929 Mohd Zon bin Awang Lah.
Sesampai ke unit 3 Ubat bermulalah kerjaya aku sebagai seorang tentera berpangkat Perajurit Muda....panggilan tetap rekrut...panggilan yang paling menyakitkan...REKRUT...REKRUT...ko takde mulut ke REKRUT. YE STAFFFF...hahaha. Kena ragging dengan skot lama bilik bujang. Ada yang ragging nak cari gaduh...ada nyamuk...ada batu api...dan macam2 perangai aku jumpa. Ada 2 org kpl duduk bujang En Sahim(Ex RSM 94 HAT) dan aruah Abang Abu Hassan yang lain semua prebet. Cerita masa bilik bujang ni masih dalam ingatan macam baru semalam sahaja berlalu. Harap jadi iktibar buat semua.
Cerita balik Anuar Ucop...masa aku kena ragging dan masuk ke 3 Ubat...masa tulah aku mengenali Anuar Ucop...kawan ataupun sahabat yang tak pernah ragging aku semasa aku menjadi penghuni baru bilik bujang 3 BN Ubat. Kawan yang aku kenali lemah lembut...cakap pun lembut...tak reti marah orang.....Baiknya Anuar Ucop yang aku kenali. Semasa di Kuching selepas sembang En Senin dia bagi no telipon Anuar Ucop. Hari tu kami berjumpa...dia kawankan aku tido kat Hilton Hotel. Banyak cerita lama yang kami kongsi bersama...Anuar Ucop yang aku kenali...sama jer...Cakap lemah lembut...bersopan...baiknya Anuar Ucop. Semoga sahabat aku Anuar Ucop dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Terima kasih Anuar Ucop...senorok jumpa ko.
No comments:
Post a Comment