11 May 2011
HUT KKD ke 44 Tahun
Hari ini HUT Kor Kesihatan DiRaja...perbarisan dibuat di INSAN. Tadi dapat berjumpa dengan kekawan yang dah lama tak jumpa. Jumpa juga dengan Mej Rahim yang baru bertukar ke 93 Depoh Perubatan. Dia bertanya adakah dah habis masters.....aku pun cakap jelah dah habis. Mulalah dia tanya umur aku....lepas tu dia bercakap Kesihatan tak buat apa-apa ke? Apa yang ku fikirkan sekarang aku cuma Pegawai Waran II dalam Kor Kesihatan DiRaja Tentera Darat Malaysia. Siapakah aku ini dimata pihak atasan? belajar sendiri...bayar sendiri. Aku masih berminat untuk meneruskan dalam perkhidmatan...aku selalu juga membaca dalam facebook yang sekarang ada group sembang-sembang Kor Kesihatan DiRaja....baca komen-komen ex KKD. Bertapa seronoknya dapat berkhidmat didalam KKD...kenangan dalam askar. terjumpa tadi Ex KKD telah bersara 22 tahun...seronok datang ke HUT KKD ke 44tahun...sama2 meraikan. Aku dapat bayangkan kenangan yang terimbau...nostalgia...tempat semasa mula masuk tentera sehingga tamat 22 tahun di dalam KKD. Aku dapat bayangkan bertapa berharatnya beliau untuk menceritakan betapa istimewa dalam perkhidmatan. Adakah itu yang aku alami setelah bersara dalam perkhidmatan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
buat apa yang di fikirkan baik
jangan buat yang jahat nakal tak pa
Post a Comment