Pada 19hb Nov 2011 semasa aku dalam perjalanan menaiki Airasia ada satu pengalaman aku yang menjadi kelakar bagi aku. Naik saje ke udara tiba-tiba dihadapan aku kecoh kejap. Adalah penumpang mana letak air mineral water kat atas ni. Bila naik jer air tu tumpah kepada penumpang dibawahnya. tengoklah aksi mengelap air yang tumpah. Sabar jer lah mcm kena hujan le pulak. Peringatan buat aku jangan sekali2 bawa air letak kat atas nanti hujan hahahahah. Kelakar betullah kejadian ini.
20 November 2011
Industry Executive Diploma Occupational Safety & Health Management OUM Kota Kinabalu
19 dan 20 hb November 2011 aku mengajar student PJJ untuk IEDOSH OUM Kota Kinabalu. Semalam aku membuat introduction tentang occupational health subject. Ada 23 student tapi yang hadir semalam 11 orang manakala hari ini 14 orang sahaja. Hari ini aku memberi tugasan kepada mereka semua untuk presentation HIRARC Health. Tugasan mereka bermula dari jam 12 tghhari sehingga jam 3 ptg. Start 3 petang mereka akan memberi presentation mengikut kumpulan masing-masing. Ini semua aku buat nak menolong diorang masa final exam nanti. 40% daripada aku melibatkan assignment. So aku bagi diorang 2 assignment...1. HIRARC di tempat kerja...2. HIRARC presentation melibatkan Health. Itu sahaja yang boleh aku bantu mereka untuk exam final nanti. Harap-harap mereka memberi persembahan yang baik insyaallah.
Cerita lak semasa aku nak datang ke sabah semalam... malam tu aku dah check-in awal2 termasuklah balik tgh malam tu aku dapat sms mengatakan flight delay...so aku pun terhegeh-hegeh lah buat tak tahu pagi tu...aku check in pun dekat pukul 9 pagi...sepatut flight jam 930...tapi sms kata delay jam 1030...so relaxlah. nak jadi cerita jam 930 dah panggil perhhh nasib baik aku dah sampai...sabarjelah...risiko check in online hahaha.
Masa dalam flight sama jugak kena tunggu orang...bermakna orang yang dpt sms mlm tadi comfirm terhegeh-hegeh...itulah MISS COMMUNICATION ANTARA PILOT DENGAN MANAGEMENT...pilot tak tahu delay...pilot tak tahu management dah delaykan masa penerbangan...last2 kena tunggu lah...sebab orang tahu delay...mcm biasalah relaxlah no need to rush.
Sesampai aku di Sabah aku terus check in di Hotel Tang Dynasty. Hotel cina yang tak ada tempat air nak basuh hadas besar dan air tak naik bila duduk tingkat 7...kuat lagi air kencing aku hahaha. Jam 2 ptg aku dah berada di OUM.Yang buat kelakar tengah aku terpinga-pinga...student tegur aku...diorang macam kenal je aku Cikgu mengajar EDOSH ka?...
Bermula lah slide pertama introduction Who Am I. Seterus Occupational Health Services. Occupational Toxicology. kelas akan disambung semula pada 3 dan 4 hb Disember 2011.
17 November 2011
PERLANTIKAN SEBAGAI PENSYARAH MODUL BAGI PROGRAM INDUSTRIAL EXECUTIVE DIPLOMA IN OCCUPATIONAL, SAFETY & HEALTH
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami ingin melantik tuan sebagai pensyarah modul dalam program di atas. Butir-butir modul tersebut adalah seperti berikut:-
Kelas IEDOSH 02 KOTA KINABALU(IEDOSH02-088)
Modul OCCUPATIONAL HEALTH SERVICES
Bahasa Penghantar Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris
Tarikh, Masa dan Hari Kelas 19 Nov 2011(Sabtu 2.00 ptg-7.00 ptg)
20 Nov 2011(Ahad 8.30 pagi-6.30 ptg)
3 Disember 2011(Sabtu 2.00 ptg-7.00 ptg)
4 Disember 2011(Ahad 8.30 pagi-6.30 ptg)
Jangkamasa Kelas 28 jam kuliah
Tarikh Peperiksaan 18 Disember 2011
Pusat Pembelajaran Sabah Learning Centre, Open University Malaysia, Block A,
Lot 1-10, Lintas Jaya Uptownship, Jalan Lintas, Kepayan Highway.
Bermulahah aku sebagai Pensyarah untuk student PJJ OUM Industrial Executive Occupational Safety & Health Management(IEDOSH). Ada 24 orang student...insyaallah akan memberi yang terbaik untuk mereka semua.
11 November 2011
TCB Resources
Hari ini 11/11/11 aku telah membuka Syarikat TCB Resources dengan SSM. Urusan selesai dan aku merasa amat puas sekali...akhirnya aku berjaya membuka syarikat milik aku sendiri. Tunggu dan lihat apa akan berlaku...hehehe
03 November 2011
Kesatuan Juruteknologi Makmal Perubatan (Union MLT)
Lagi xmasuk akal kalau yang sedia berkhidmat sebagai MLT xsampai 50 peratus yang ada ijazah. Kita ambil cara kesatuan dulu menaik taraf sijil ke diploma dimana walaupun jawatan tersebut diwujudkan...ptmp tetap diberi peluang untuk melanjutkan pengajian. Dan peluang ini diberi kepada ramai ptmp untuk mendapatkan diploma di imr. Menyimpang jauh yang kali ini dimana mengambil peratusan pelajar lepasan universiti yang mempunyai ijazah tetapi tidak menganbil kira bilangan MLT yang ada ijazah dimana ternyanya jumlah tersebut kecil sahaja dan xsampai 50 peratus pun.
Jadi...dengan itu sudah nyata bahawa pencapaian ini bukan untuk MLT yang sedang berkhidmat tetapi lebih kepada pelajar universiti yang baru menamatkan pengajian. Bukan xboleh buat begitu tetapi biarlah yang sedang berkhidmat di seluruh negara diberi peluang yang sama seperti PTMP di masa dulu.
Semua org boleh memberikan petunjuk khayalan dimana boleh mengambil ijazah. Mmg mudah kalau setakat kata macam tu tetapi hakikatnya kuota pengambilan sangatlah kecil dan ini tidak diperjuangkan oleh kesatuan. Sedangkan MA n nurse dan juga guru boleh mendapatkan ijazah secara pjj cukup mudah dangan OUM. Untul MLT tidak ada kerana kesatuan lebih suka pejuangkan jawatan berbanding dengan pendidikan.
Kata-kata http://www.facebook.com/seliparcabuk diatas .
Kesatuan JTMP(Union) sedang memperjuangkan nasib MLT iaitu degree holder. Perjuangan yang boleh dikata untuk memperjuangkan nasib MLT degree holder, perjuanganuntuk mendapatkan jawatan gred U41. Yang menarik kata2 Gabenor Tapen diatas perjuangan bukan memperjuangkan nasib MLT tapi lebih kepada pelajar universiti yang baru menamatkan pengajian. Perjuangan MLT sepatutnya berusaha menaikkan taraf diploma kepada degree dan seterusnya mendapat jawatan gred U41(contoh gred PTMP U17(sorry kalau salah hehe tak ingat) ke JTMP U29 yang telah diperjuangkan dan berjaya dibawa oleh Union terdahulu). Isu yang amat menarik yang patut diambil berat oleh Union. Perjuangan sepatutnya menghantar semua diploma holder upgred ambil degree berperingkat-peringkat macam Makcik dan Pakcik PJJ masa kat kolej dulu. Seterusnya barulah perjuangkan gred U41. Kita jadikan contoh PTMP ke MLT dahulu punya gred. Aku teringat kata2 aku kepada wakil union JTMP En Zulaidi di Symposium AllEights di Mendarin Hotel. Aku sempat berpesan cari yang cerdik pandai...MLT banyak yang cerdik pandai...diorg ni bukan calang-calang orang, ada yang lepasan matrikulasi...ada x universiti dan gred SPM pun bukan sebarangan. Dapatkan khidmat diorg ni...buat paperwork...kalau kita nak present pada yang atas kita kena cari orang yang pandai....yang bagus. Sekarang matlamat yang diperjuangkan oleh MLT telah dipertikaikan.....aku menyokong penuh kata-kata Gabenor Tapen. Bahasa aku masa muda2 dulu...."Gua cayalah sama lu".
AllEights Symposium
AllEights Symposium di Mandarin Oriental KualaLumpur. Pada symposium ini aku stay kat Mandarin Hotel...perhh bilik memang menarik dan high class bagi aku yang low class ni. Apa yang aku dapat disini selain bilik yang menarik...aku dapat berjumpa dengan cikgu lama aku. Mr Ng Kian Seng cikgu Hematology aku semasa di Kolej Teknologi Makmal Perubatan, IMR. Ada juga jumpa 2 cikgu lain tapi sempat jumpa last sem sebab masa tu diorg berdua lecturer baru. Sembang-sembang...diorg tanyalah tentang diri aku. Aku pun ceritalah...aku baru habis konvo kat UUM ambil masters. Cikgu aku kira terkejut jugalah bila dapat tahu yang aku dah ada masters. Aku berteru-terang dengan dia...yang aku takde first degree...tapi aku ada masters...aku forward experience aku selama 15 tahun dalam bidang laboratory. Dia cakap tak ramai orang berpeluang macam aku ni...hehehe...aku pun tahu...tak ramai berpeluang...kalau dapat peluang pun...tak tentu lepas lagi....teringat masa buat masters dulu...komitmen pada kerja...pada keluarga....pada pelajaran....aduh...seksa nak mampus hehehe. Exam masters mesti pointer 3.0...maksudya pointer GPA mesti 3.0 below considered gagal. Kena maintain CGPA 3.0...hehe aku last dapat gak CGPA 3.33 Bila masuk project paper paling dasyat...mengerikan hypotesis...hypotesis...literature review... methodology review...data analysis.... conclusion...aduh...ramai orang tak lepas semasa buat masters semua sebabkan Thesis aje....memang stress....Kalau aku nak buat PhD nanti hypotesis lagi.....lepas tu....viva...mampus hahahaha. Tapi niat kat hati memang nak dapatkan juga PhD...nak jadi hehe...try tulis sikit cantik tak Dr. Roshezam bin Abdul Hamid amacam hehehe...adakah ini cuma angan2...atau bolehkah menjadi kenangan. Baru ni jumpa member Ravin medinic...dah ada Dr. dia amik DBA...dia lak siap tulis Dr.Roshezam...I tunggu u 3 more years...or 4 years from now...so dia cakap 2 hb Nov 2011...kita tunggu dan lihat jerlah...hehehe
31 October 2011
Kad Hari Raya
Inilah kad hari raya dari aku sekeluarga. Isteriku mempunyai idea dimana menghantar kad hari raya kepada saudara dan sahabat handai. Tapi mcm takde point jer...ingatkan mencuba tradisi lama dengan menghantar kad hari raya...tapi kalau kita jer yg buat...org lain tak buat....mana nak best. Aku terfikir bila hantar ker rumah orang....dimanakah dia akan simpan kad hari raya aku? Adakah kad raya aku ini dihargai? Tapi bergambar bersama keluarga masa ni mmg best....poyo hehehehe. Walaumcmmana pun idea isteri ku mmg best...rasa nak buat lagi tahun depan tambah seorg lagi...yeyeyey...anak dara ku yang bakal lahir tak lama lagi. Tadi isteri aku cakap dengan anak jantan aku....Amin masa ibu nak beralin nanti tengok2 ayah...nanti dia mengorat nurse...hehehe...sabor jerlah...buat isteriku....abang tak sabar nak menunggu kehadiran anak kita tahu tak....macho jer...excited giler2 tau. Aku cukup takut nak tengok isteri aku bersalin....dalam kesakitan...dalam keadaan "meneghan"...tak sanggup aku nak tengok....mahu pengsan aku....aku tak sampai hati nak tengok isteri aku sakit nak beranak....aku terlalu sayangkan dia. Selamat menyambut Hari Raya Haji pada 06 hb Nov 2011. Buat Yang(kakakku) Roslinah binti Abd Hamid dan suami(Abg Lid) semoga menjadi Haji Mabrur....doakan isteri Ejam selamat melahirkan anak....anak sihat walafiat. Begitu juga Abang Udin dan Kak Ham...doakan aku isteriku dan anak2 ku murah rezeki dan berjaya dalam hidup...amin.
06 October 2011
27 minggu anak daraku 3D
Graduation Master of Science(OSHM) UUM
Alhamdulillah selesailah sudah Majlis Konvokesyen Ke-24 Universiti Utara Malaysia Sesi Ke-4 Di Dewan Muazzam Shah pada 02 haribulan Oktober 2011 bermula jam 1400 sehingga 1730. Ucapan ribuan terima kasih buat isteriku tercinta Mariawati binti Mustafar dan anak jantan ku Muhammad Amin Aminin bin Roshezam diatas sokongan sehingga berjaya mengenggam sekalung Ijazah Sarjana. Tidak pernah dilupakan buat Lecturer Prof Aziz, Mr Lukman, Mr Is, Dr azimah, Ir Daud. Buat tenaga kerja NIOSH Bangi Wana, Ina dan Suhaila(OUM) dan yang terakhir kawan-kawan seperjuangan Arvind, Zul Daud, Amir Arafat, Hasrul, Abah, Mejar, Yun, Kak Rose, Faz, Pau, Abg Man, Isma, Zamni, Zam(TNB), Azam(TNB), Chombee, Thiban, Vkey, Siva, Arun dan Arab. Bagi kawan yang belum grad insyaallah lepas ni...hehe.
Nampak gayanya....aku jadi juga berpencen...tak jadi pegawai....insyaallah ada hikmah disebalik semua ini....
18 September 2011
Jadi ke pencen ni
Dapat maklumat yang aku dicalonkan untuk menjadi pegawai SD(Tugas Khas)...susah hati pun ada...takut pun ada. Layakkah aku...maklumat yang aku ketahui hanya aku seorg sahaja wakil tred makmal dicalonkan untuk menjadi pegawai SD. Permulaan cerita pihak BPK berkehendakkan seorang LLP berpangkat SSjn keatas umur 38 tahun kebawah. Aku lak dah 39 tahun settle takyah...hahaha. Nak jadikan cerita le pulak calon yang umur 38 tahun ke bawah hanya ada seorang sahaja pangkat PW 1 umurnya 37 tahun. Bila dimajukan, nama aku pun lekat sama. Aku tahu cerita...takpe 50-50. Bila masa pemilihan yang berumur 37 tahun tak disokong oleh CO dia pulak. Bila nama aku...telipon Dato Farid...sokongan kepada aku...bila telipon CO...sokongan pun pada aku. Last yang aku tahu Pengarah dah bersetuju...akan dibuat board No 2 di CSM untuk menjadi pegawai SD. Aku pulak dinasihat untuk menurunkan BMI hahaha....bukan gemuk besor jer hahahahaha. Aku tak berapa tahu sangat perjalanan nak jadi Pegawai ni...tak termimpi pun aku...kita tunggu dan lihat. Aku teringat RSM(Pak Yeop) cakap dg aku...selagi belum habis TTP jangan mengada nak berhenti. Sabor jelah.
Macammana le agaknye kehidupan aku selepas ini? Bermula nak berhenti 19 tahun nak menceburi kerjaya di KKM sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan(U29). Dinasihati oleh sahabat aku Budak Wan Perlis(Riduan Darus) jangan berhenti sambung sampai pencen. Bila aku buat keputusan pencen barulah aku pergi kursus KPTTR sama dengan sahabat baik aku Acong(Shamsul Ab Raji)...sama2 kena lanyak di 5 RAMD Kluang, Johor. Rezeki aku dapat dinaikkan ke pangkat PW 2. Selepas tu sempat board PW 1 di Sungai Petani, Kedah. Lulus bersyarat...hehehe...sebab BMI dan UKA gagal. Aku lak masa pergi board ni saje je nak makan angin untuk berjumpa dg kawan2 lama. Kepala hotak fikir nak pencen jer....sabor jer lah. 16/9/2011 aku dapat tahu aku dicalonkan untuk jadi pegawai SD setelah dapat sokongan dari Pengarah. Macamana pencen aku ni....jadi ke aku nak berpencen ni. Bolehkah aku lulus dalam lembaga kenaikan pangkat ke pegawai dijangka pada OKT 2011 ini?
25 August 2011
Convo UUM ke 24 di dewan Mu'azam Shah
Master of Science (Occupational Safety and Health Management)
UUM Convocation ke 24 pada 02 Oktober 2011 Sesi 4(1.45 ptg-6.00 ptg) di Dewan Mu'azam Shah
NO MATRIC NAME
1 801317 Abdull Muhsien bin Yaakob
2 806444 Ahmad Tarmizi bin Mahmud
3 806382 Anizan bin Ali
4 805127 Arvind Bala Krishnan
5 805128 Azman Mohamad Azizi
6 806357 Chew Lina
7 805129 Chong Pee Bee
8 805130 Chua Sii Koon
9 806358 Darul Hisam b. Din
10 804619 Ding Tiew Wong
11 806359 Fadhilah binti Ahmad
12 805132 Fazlina Mohamad Razali
13 806892 Fira Fizan bin Abd. Rashid
14 806383 Goh Teng Huat
15 803371 Hafiz Zakuan Omar
16 805135 Jamal Mohamad Abdul Aziz
17 803372 Jason Raj a/l Robert Raja Dorai
18 806361 Kamarul Faizal bin Tajaruddin
19 803422 Karthiga a/p Murugan
20 805136 Khairol Hisham Khairuddin
21 805137 Khairullizam bin Abu
22 804620 Khif Noor bin Khalid
23 806362 Liew Chan Why
24 806365 Meor Ahmad Shahruzzaman b. Meor Hashim
25 803375 Mohamad A'sri bin Pa'wan Chik
26 803377 Mohamad Sohaimi bin Man
27 806388 Mohammad Khairul Anwar b. Roslan
28 806367 Mohammed Assad bin Peer Mohamed
29 803401 Mohd Azham Abdullah
30 806887 Mohd Azlan bin Jaafar
31 806888 Mohd Fadli bin Mahmud
32 805139 Mohd Ismafazil bin Ismail
33 804648 Mohd Puad bin Hamid
34 806484 Mohd Rosli bin Tompang
35 805724 Mohd. Haizald bin Abd. Hamid
36 805723 Muhammad Fauzan bin Baharudin
37 806369 Muhammad Kamal bin Ahmad
38 806889 Musili bin Mustapa
39 805141 Noor Zamni bin Ismail
40 805142 Nor Azam bin Yahaya
41 805143 Norul Hernani binti Abd Latif
42 805145 Parthiban a/l Murugiah
43 806373 Rajinder Kumar a/l Krishen Lal
44 800899 Ramli bin Said
45 805146 Roshezam Abdul Hamid @ Foong Teng Wah
46 805154 Rosmawati bt. Mat
47 800900 Saiful Azmi Omar
48 805148 Sivakumar a/l Ramasamy
49 806891 Suresh a/l Balakrishnan
50 802307 Umasenan a/l Thanikasalam
51 805151 Vikneshvaran a/l Perumal
52 806447 Yusof Khairan Nizar b. Ahmad Tarmizi
53 803387 Zahrulail Suliman
54 803814 Zahrun Nizam Adam @ Ahdani
55 806379 Zainorin bin Ali
56 804624 Zanuddin bin Hussin
57 805152 Zubaidi bin Rani
58 805399 Zulkufly bin Daud
Pencen 22 Tahun
Minggu lepas...aku benar2 berangin dengan Pejabat Gaji. Anak buah aku mengadu...gaji tak boleh buat band 4, Lkpl dan Kpl. Perkara ini dari tahu lepas tidak dibuat tindakan. Segalanya telah aku serahkan kepada Sjn Gaji...Majlis Angkatan Tentera...part 2 orders...band 4, Lkpl dan Kpl....kenapa UGAT tak boleh buat sedangkan dokumen semua telah dihantar. Bila aku pergi ke Pejabat gaji...rupa2 nya ada 55 kes dari Jul 2010 tak selesai2 lagi. Sengaja aku bagi tahu nak bawa perkara ini ke CO. Bila dapat ke pengetahuan Sjn Gaji...bukan main lagi mengadu dg Pegawai Gaji. Dengan egonya mengarahkan aku dtg ke pejabat dia....semua sebab Sjn Gaji yang mencucuk pegawai gaji yang baru setahun jagung masuk tentera. Tak respect aku sebagai seorg Pegawai waran...sebagai Pengurus Jabatan. Aku pergi ke pejabat gaji bertanyakan band 4 anak buah aku. Sjn gaji bukan main lagi tak puas hati..."ko kalau bagitahu kat CO...ko tak tahu ker aku akan kena....ko tahu tak yg lepas seemasa audit Pejabat Gaji takde teguran...bagus" selepas itu masuk Pegawai gaji..."encik tahu tak tindakan encik saya boleh adukan..."in the name of custody"...dengan muka seolah2 mcm nak bergaduh dg aku... unprofessional langsung...aku baru ugut jer...takde pun nak bagitahu CO. Menjadi tanda tanya bagi aku kenapa takut sangat CO tahu...kenapa perlu sorok perkara ini? Aku masih lagi cool bila dia cakap mcm tu...aku cuma nak dia buat tindakan gaji anak buah aku....Pangkat KPL kelayakan band 5....tapi masih gaji PBT band 2....buat ler kerja ko....ape ko buat....bukan ker gaji melibatkan moral... Bila dah jadi cerita dia mengaku akan membuat tindakan...oklah...aku accept....selesai tak perlu bagitahu CO. Selesai masalah. Kurang ajar punya Pegawai Gaji selepas tu... boleh pulak dia panggil anak buah aku ...dah le moral jatuh jatuh gaji band 2.... kena marah...perkataan yang dia keluarkan..."mcmmana kalau CO tahu....Mmcmana kalau CO tahu...Mcmmana kalau CO tahu....dengan nada marah. Kenapa perlu marah pada anggota....sepatutnya dia bagi peransang...akan cuba membantu...bukan marah2. Aku tak puas hati... telipon bertanya dg dia...kenapa marah anak buah aku?...sepatutnya bagi kata2 peransang...membuatkan aku tak berpuashati dg dia....dari mula dah selesai...jadi tak selesai. Aku maklumkan kepada Ketua Jabatan aku apa perkara yang berlaku...Dato' cakap akan maklumkan kepada CO perkara ini. Selesai masalah....biar CO tahu...niat aku SATU JE...biar Pejabat gaji tu buat kerja. Root Course Analysis....Sjn Gaji perlu bertukar keluar...sudah terlalu lama...tiap2 minggu buat tugas ke UGAT....claim sebulan 4 ke 5 kali tugas sementara ke UGAT dari start posting...claim tak lari RM 1K ke RM 1.5K sebulan. Apa dia buat....berselindung dibelakang Pegawai gaji yang baru...atas keburukan kerja sendiri. Setiap claim anggota yang dia buat...nak kan habuan...claim tugas sementara ke...miles claim ker...semua mintak habuan...itu yang dikatakan Sjn Gaji...makan gaji...perah duit org...kalau org dpt claim...mintak habuan.
Berlajutan dengan perkara tersebut...ada segelintir yang tidak mempunyai masalah gaji dan yang ada kepentingan dg Pejabat Gaji...tak setuju dengan tindakan aku. Termasuklah ---...dia nak suruh aku minta maaf sebab bawa ke pengetahuan CO....betapa kecewa aku...kenapa sebab kena marah dengan CO? Kalau dah tahu lama kenapa perlu sorok dari pengetahuan CO? Moral anggota pada gaji.....WELFARE....WELFARE...WELFARE...gaji dah mati skim...tak perlu nak ambil tahu hal anggota...atau ada kepentingan dengan Pejabat Gaji....senang nak claim. Ingat tak perlu menongkat pada orang....orang lain pun buat kerja....kenapa Lab tak ada kepentingan...X-ray...Fisio...OT...Nursing...tak buat kerja. Tegakkanlah untuk Lain-Lain Pangkat....welfare anggota...moral anggota...Jangan fikir kepentingan sendiri. Aku nak pencen dah....sekarang 25 Ogos 2011...dah nak habis bulan 8. Ada 4 bulan lagi....tolak sebulan sampingan ada 3 bulan lagi aku nak menyarung uniform tenteraku. Diakhir2 perkhidmatan aku....aku kecewa dengan orang yang ada kepentingan dan tidak menegakkan perkara yang benar....marah sebab tidak melalui saluran tertentu....saluran tertentu...dah tahu....tak buat tindakan pun pada pejabat gaji....WELFARE OUT sebab ada kepentingan. Semoga menjadi pengajaran....aku 1084886 PW 2 Roshezam bin Abdul Hamid MSc OSHM(UUM)...tetap LLP....CO sokong....Ketua Jabatan sokong....tapi yang lain yang bersekongkol(bolehkah aku gunakan perkataan ini) tak sokong....sabar jelah...coretan ini akan menjadi kenangan aku dalam perkhidmatan.
21 July 2011
Pencen 22 Tahun
Penghujung perkhidmatan aku....lagi 5 bulan untuk aku menabur khidmat di 94 Hospital Angkatan Tentera...adakah org menghargai aku. Kita tunggu dan lihat hehehe...adakah kita dihargai. Apa yang aku nampak sebelum ini semua yang bersara...takde ape2 yang istimewa...tiada peghormatan...tiada cenderahati. Mess Bintara...anggota dah bertukar, berpencen tak buat apa2 pun...semoga YDP baru dapat menjalankan tugas.
Kawan2 ku...Acong...cakap...sambunglah bro...aku tak dengar...cukuplah bro...aku nak mulakan hidup baru...Bos aku Dato' Farid siap nak sokong aku jadi pegawai...hehehe...aku hargai Dato'...tapi aku perlu mulakan hidupku yang baru didunia awam...Maaf Dato'...saya hargai perhormatan Dato' pada saya. Akhirnya Dato' akur dengan keputusan aku...hehe...dia tahu masa depan aku dalam awam bukan dalam tentera. Begitu juga CO aku...Datuk Chia...lu mahu berhenti...saya tak mau sain...hahaha...last bila aku bagitahu hasrat aku untuk pencen...dia terima juga...dia tahu siapakah aku dalam tentera.
20 July 2011
Pencen 22 Tahun
Project Training Center in progress. Interview Kolej Islam Sains Teknologi(KIST) tak tahu lagi...tapi nak kerja pun lambat lagi...kursus peralihan start 6/3/2012. Semasa temuduga KIST untuk menjadi lecturer MLT atau lecturer OSH...aku pun tak tahu. tengok simple sangat interview...one by one...sabo jerlah. Kalau dapat...adakah aku ingin berhijrah sehingga ke Kelantan...Trengganu...mcmmana dengan rumahku...adakah aku perlu membeli rumah lain...adakah perlu aku menyewa rumahku ini. Bagaimana pula isteriku...bolehkah isteriku dpt bertukar ke Kelantan...yg diketahui tempat lubuk untuk posting bagi rakyat kelantan. Apa yang aku tahu semasa di kolej senior aku majoriti kelantan...satu batch aku...majoriti kelantan...junior aku...majoriti kelantan...super junior...super duper junior....majoriti kelantan. Confius aku...kelantan memonopoli semua SPA 8...semua perkhidmatan.
Kalau dah bersepah kelantan sahaja...mcmmana isteriku nak posting ke kelantan...boleh ke dapat....aduh...sakit kepala aku...hahahaha. Gaji lak...adakah berbaloi????
Semalam Arvind telipon bagitahu ketua Module untuk MLT kat UniKL nak mencari lecturer MLT specialized hematology dengan cytology...aku mmg suka sgt. Arvind cakap ada member nak pencen hahahaha...kalau dapat kerja dengan Arvind aku mmg suka sgt. Arvind ni aku boleh ketegori pro...and MacGyver...cekaplah...dan pandai. Aku lak boleh le sikit2...baru nak berjinak...jinak nak pandai hehehe. Nama je ada Master Degree...hehehe hampeh hahahaha. Mcmmana rezeki aku selepas bersara ini...adakah aku boleh berjaya...boleh meningkat...
Aku telah membuktikan dalam LLP aku boleh belajar sehingga mendapat Master Degree...berjaya jugak penah lelah aku...siksa hujung minggu aku...assignment yang bersepah...presentation...exam final....dan last sekali Thesis aku....berkat doa ibu yang kusayang...isteriku yang kucintai...yang bersusah payah...yang banyak memberi dorongan...anak jantanku...yang fed-up dg aku...bila sabtu, ahad...aku takde umah...ada kelas...akhirnya...Mak...Ejam berjaya mak...berjaya mengengam Master Degree....Abg berjaya Ayang...Ayah berjaya Long.
Kenangan Singapore, Sungai Petani
Salam...minggu yang sibuk. Pengalaman memasuki Singapore bawak keta lak...hahaha. Pakai GPS tak guna apa....nak g Marina bay Sands tak ada dalam GPS....redah punya redah...nasib baik dah servey kat internet mcmmana rupanya Marina Bay Sands. Tempat mmg cantik dan class. Marina Bay Sands senang nak ingat sebab semasa imegresen Singapore dia tegur no kereta aku...MBS 457...ooo...MBS(Marina Bay Sands)...masa tu terus lekat kat kepala...kalau tak...Marina Sands lah....mcm2 aku sebut hahaha. Dalam bangunan MBS...ada Casino...ketiga terbesar didunia...first..Las Vegas...second Macau...third MBS Singapore. Kelakar aku masuk casino dg bos aku Dato' Farid hehehe....aku rasa kelakar masuk ke casino ni. Apa le yg diorg main ni....sampai aku menung nengok...tak faham...faham...hahahaha. Itulah pengalaman aku di casino...nak main tak pandai...hehehe....lagi pun duit dia tinggi sgt....x 2.47. Selama 6 hari aku berada di Singapore bersama dg Isteri dan anak jantanku. Isteri tengah mengandung...jalan jauh sikit kepenatan...takpe....kesian kat isteriku...mcmmana kasihsayang aku semua pada isteriku...dan aku ternanti2 anakku yang bakal lahir.
Aku sempat pergi ke Universal Studio di Sentosa. Rupa2nya Universal Studio di Sentosa...di First World Sentosa, Singapore. kalau First World means....kepunyaan Goh Tong(Tauke Casino Genting Highland)...Singapore ada 2 casino...perhhh. Cerita balik tentang casino di Singapore...bagi rakyat singapore...bila2 masa boleh masuk...tak kira melayu cina...india....atau apa2 bangsa sekali pun. Cuma...jeng3.....setiap kali masuk kena bayar 100 dollar singapore. main kira lain. Bagi warganegara lain masuk free. Itu cara diorg taknak mengalakkan rakyat sendiri main judi....kalau tak pemandu teksi tak g kerja...main judi jelah....hahahaha.
Aku dg isteri dan anak jantan aku...tiap2 hari g makan kat Arab Street. Kedai Zam2...mmg sedap...harga mcm kita kat Malaysia...cuma kalau covert....hahaha x 2.47. Sempat g sarapan di Gelang serai.
Aku sempat juga pergi Night Safari, Under water world...Singapore Flyer..jumpa kawan baik isteriku semasa sekolah rendah...main basikal dg anak jantanku...hahaha...mcm2 kenangan hahaha....perabih...perabih...hahahaha.
Balik sahaja dari singapore...aku kena pergi ke 2 Bn Ubat,Sungai Petani lak. Kena Lembaga kenaikan pangkat PW 1. Aku nak tolak tak boleh ...apa jawapan OC aku...saya mejar jer...yang atas tu Lt Jen...susah nak buat justifikasi...sabo jerlah...last2 pergi niat nak jumpa kekawan...hahahaha....akhir sekali...sondol Ejam...sondol. Ada 4 peperiksaan...1. Ujian kepimpinan...aku org pertama keluar...hahahahaha...2) ujian pengetahuan am...sama gak aku org pertama keluar...hahahahah...3) ujian tred...sama gak 1/2jam dah siap dari 11/2jam....4) ujian kawad...hahahaha...kena pusing bawak tongkat aku hahahaha...kiri kanan kena bawak tongkat. RSM Tuanku Mizan PW 1 Selamat dg DSM PW 1 Bahaman...kena tawaf tongkat kiri kanan...hahaha...aku sondol jer....Ape yang aku kena aku anggapkan seronok2. Last day...temuduga dengan DG Dato Razak. Aku kena perang support dengan geng2 BMI tinggi...seksa betullah...ingat dah Pegawai waran dah besar...rupanya...mcm budak2...sabojerlah. Pengalaman hidup ku yang takkan ku lupakan...tengah menyimpan kenangan dalam askar..Hormat Panglima Kehadapan Hormat.
18 May 2011
Hari Jadi Ku ke 39 Tahun
Kerja seperti biasa ...ramai juga yang wish happy birthday...ada melalui facebook...melalui sms dan ada juga call...siap nyanyi lagu happy birthday..itulah kawan baikku Wak Dayak(Ishak bin Aliamat). Kerja seperti biasa...tak tahu nak buat apa...tunggu masa pukul 5 balik rumah. Ramai kawan-kawan mendoakan kesejahteraan, kesihatan...murah rezeki...appreciate sangat...dan ada juga mengucapkan tahniah anak yang bakal lahir...tak sabar rasanya nak tunggu hari yang bahagia tu hehehe. Buat isteriku...terima kasih atas ucapanmu...semoga kita bahagia sehingga ke anak cucu...amin. Buat Amin...ayah sayangkan Amin. Apa nak buat pada hari ini?
15 May 2011
Accident
Pada 12 hb Mei 2011..aku bersama dengan isteri dan juga anak jantan ku pergi ke Mahkamah Muar untuk mediasi kes kemalangan melibatkan aku sekeluarga dimana 3 kematian telah berlaku. Dalam kejadian itu anak jantan ku parut sehingga pada hari ini. Dalam mediasi ini anak jantanku telah mendapat sebanyak 10 k manakal aku 1 k. Kereta MBD 4946 yang menjadi kontroversi. Yang menjadi isu antara ku dan juga orang umah aku adalah peguam yang mewakili aku, orang umah aku dan juga anak jantanku. Peguamku menggunakan kereta myvi...manakala pihak lawan peguam insuran memakai kereta honda accord baru. Pakaian lak peguamku memakai baju kurung...manakal peguam insuran memakai blaus serta skirt yang boleh dikata standard. Aku terfikir peguamku pengalaman paling lama 2 ke 3 tahun...manakala peguam insuran pengalaman tidak kurang 15 ke 20 tahun. Seorang peguam yang berpengalaman dengan peguam yang masih mentah...comfirm kena buli. Pada situasi tersebut peguam insuran hanya membenarkan claim sebanyak 12, 480k sahaja...selepas aku merayu dapatlah tambah 1k lagi penat aku mengeluarkan suara. Tapi aku dapat merasakan betapa rendahnya maruah ku didepan peguam insuran pada itu...aku akan sentiasa menjadikan pengalaman ini sebagai ikhtibar... begitulah kalau kita tidak berkemampuan kita terpaksa menggunakan peguam yang tidak perlu bayar apa2 pun...akhirnya kita tak berjaya..satu pengajaran bagi kita yang tidak berduit. 20% untuk peguam...plastic surgery anak jantanku cost je 6k..belum ward...ubat dan lain2. Apa yang boleh aku katakan...APABILA KITA ACCIDENT...ADA PIHAK YANG MENGAMBIL KESEMPATAN DIATAS KESUSAHAN KITA...1) TOWING UNTUNG...2) SJN TRAFFIC...UNTUNG...3) WORKSHOP KERETA UNTUNG 4) ADJUSTER UNTUNG 5) PEGUAM INSURAN UNTUNG 6) PEGUAM AKU UNTUNG....SO SIAPAKAH RUGI????
11 May 2011
HUT KKD ke 44 Tahun
Hari ini HUT Kor Kesihatan DiRaja...perbarisan dibuat di INSAN. Tadi dapat berjumpa dengan kekawan yang dah lama tak jumpa. Jumpa juga dengan Mej Rahim yang baru bertukar ke 93 Depoh Perubatan. Dia bertanya adakah dah habis masters.....aku pun cakap jelah dah habis. Mulalah dia tanya umur aku....lepas tu dia bercakap Kesihatan tak buat apa-apa ke? Apa yang ku fikirkan sekarang aku cuma Pegawai Waran II dalam Kor Kesihatan DiRaja Tentera Darat Malaysia. Siapakah aku ini dimata pihak atasan? belajar sendiri...bayar sendiri. Aku masih berminat untuk meneruskan dalam perkhidmatan...aku selalu juga membaca dalam facebook yang sekarang ada group sembang-sembang Kor Kesihatan DiRaja....baca komen-komen ex KKD. Bertapa seronoknya dapat berkhidmat didalam KKD...kenangan dalam askar. terjumpa tadi Ex KKD telah bersara 22 tahun...seronok datang ke HUT KKD ke 44tahun...sama2 meraikan. Aku dapat bayangkan kenangan yang terimbau...nostalgia...tempat semasa mula masuk tentera sehingga tamat 22 tahun di dalam KKD. Aku dapat bayangkan bertapa berharatnya beliau untuk menceritakan betapa istimewa dalam perkhidmatan. Adakah itu yang aku alami setelah bersara dalam perkhidmatan?
10 May 2011
IVF
Semalam 9 hb Mei 2011, ada appointment dengan Dr Ahmad Saifuddin di Mahkota Medical Centre. Scan baby semalam. Nampak dengupan jantung baby...dan sahlah isteriku mengandung anak single. Aku tak kesah twin ke single...aku tetap happy bila nampak ada baby di dalam rahim isteriku. Semoga anak dalam kandungan isteriku sihat walafiat...amin. Masa aku ingin menulis di dalam blog ni isteriku tak habis2 nak tengok...tak ada privacy untuk aku meluahkan apa yang tersirat disini...buat anakku yang bakal lahir nanti cerita ini buat mu...ayah sentiasa mendoakan dirimu untuk membahagiakan hidup ayah dan keluarga kita. Long confius hari ni...Kenapa satu je ayah? Mana lagi satu? Hehehe...soalan yang tidak boleh dijawab. Ibunya pulak tengah angin...ayah tak bagi tengok apa yang ayah tulis...sabar jelah pembawak budak. Esok 11 hb Mei 2011 Hari Ulang Tahun Kor Kesihatan DiRaja yang ke 44.
08 May 2011
IVF
Konvokesyen untuk Masters aku pada 01 Okt 2011 di UUM Sintok. Bangga gak aku ni...hehe tak sangka aku berjaya mengengam segulung Masters...Master of Science Occupational Safety and Health Management(MSc OSHM). Rezeki master anak kembar hehehe. Esok isteriku scan baby...harap2 anak dalam kandungan isteriku sihat walafiat. Buat baby ayah sempena Hari Ibu hari ini...jaga diri baik-baik k...love you both tak sabar nak menunggu ketibaan korang berdua.
IVF
Setelah isteriku menjalani IVF akhirnya Dr Ahmad Saifuddin from Mahkota Medical Centre telah mengesahkan isteriku mengandung selepas ujian Beta HCG 1180 MIU. Daripada Dr daripada ujian tersebut kemungkinan besar TWIN. Semoga allah memberi kami anak kembar...akulah orang paling gembira selepas ini. Esok bersamaan 09 Mei 2011 akan ada lagi appoinment untuk scan baby....tak sabar rasanya. Love my wife...muah
Subscribe to:
Posts (Atom)