03 November 2011

AllEights Symposium

AllEights Symposium di Mandarin Oriental KualaLumpur. Pada symposium ini aku stay kat Mandarin Hotel...perhh bilik memang menarik dan high class bagi aku yang low class ni. Apa yang aku dapat disini selain bilik yang menarik...aku dapat berjumpa dengan cikgu lama aku. Mr Ng Kian Seng cikgu Hematology aku semasa di Kolej Teknologi Makmal Perubatan, IMR. Ada juga jumpa 2 cikgu lain tapi sempat jumpa last sem sebab masa tu diorg berdua lecturer baru. Sembang-sembang...diorg tanyalah tentang diri aku. Aku pun ceritalah...aku baru habis konvo kat UUM ambil masters. Cikgu aku kira terkejut jugalah bila dapat tahu yang aku dah ada masters. Aku berteru-terang dengan dia...yang aku takde first degree...tapi aku ada masters...aku forward experience aku selama 15 tahun dalam bidang laboratory. Dia cakap tak ramai orang berpeluang macam aku ni...hehehe...aku pun tahu...tak ramai berpeluang...kalau dapat peluang pun...tak tentu lepas lagi....teringat masa buat masters dulu...komitmen pada kerja...pada keluarga....pada pelajaran....aduh...seksa nak mampus hehehe. Exam masters mesti pointer 3.0...maksudya pointer GPA mesti 3.0 below considered gagal. Kena maintain CGPA 3.0...hehe aku last dapat gak CGPA 3.33 Bila masuk project paper paling dasyat...mengerikan hypotesis...hypotesis...literature review... methodology review...data analysis.... conclusion...aduh...ramai orang tak lepas semasa buat masters semua sebabkan Thesis aje....memang stress....Kalau aku nak buat PhD nanti hypotesis lagi.....lepas tu....viva...mampus hahahaha. Tapi niat kat hati memang nak dapatkan juga PhD...nak jadi hehe...try tulis sikit cantik tak Dr. Roshezam bin Abdul Hamid amacam hehehe...adakah ini cuma angan2...atau bolehkah menjadi kenangan. Baru ni jumpa member Ravin medinic...dah ada Dr. dia amik DBA...dia lak siap tulis Dr.Roshezam...I tunggu u 3 more years...or 4 years from now...so dia cakap 2 hb Nov 2011...kita tunggu dan lihat jerlah...hehehe

No comments: