Lagi xmasuk akal kalau yang sedia berkhidmat sebagai MLT xsampai 50 peratus yang ada ijazah. Kita ambil cara kesatuan dulu menaik taraf sijil ke diploma dimana walaupun jawatan tersebut diwujudkan...ptmp tetap diberi peluang untuk melanjutkan pengajian. Dan peluang ini diberi kepada ramai ptmp untuk mendapatkan diploma di imr. Menyimpang jauh yang kali ini dimana mengambil peratusan pelajar lepasan universiti yang mempunyai ijazah tetapi tidak menganbil kira bilangan MLT yang ada ijazah dimana ternyanya jumlah tersebut kecil sahaja dan xsampai 50 peratus pun.
Jadi...dengan itu sudah nyata bahawa pencapaian ini bukan untuk MLT yang sedang berkhidmat tetapi lebih kepada pelajar universiti yang baru menamatkan pengajian. Bukan xboleh buat begitu tetapi biarlah yang sedang berkhidmat di seluruh negara diberi peluang yang sama seperti PTMP di masa dulu.
Semua org boleh memberikan petunjuk khayalan dimana boleh mengambil ijazah. Mmg mudah kalau setakat kata macam tu tetapi hakikatnya kuota pengambilan sangatlah kecil dan ini tidak diperjuangkan oleh kesatuan. Sedangkan MA n nurse dan juga guru boleh mendapatkan ijazah secara pjj cukup mudah dangan OUM. Untul MLT tidak ada kerana kesatuan lebih suka pejuangkan jawatan berbanding dengan pendidikan.
Kata-kata http://www.facebook.com/seliparcabuk diatas .
Kesatuan JTMP(Union) sedang memperjuangkan nasib MLT iaitu degree holder. Perjuangan yang boleh dikata untuk memperjuangkan nasib MLT degree holder, perjuanganuntuk mendapatkan jawatan gred U41. Yang menarik kata2 Gabenor Tapen diatas perjuangan bukan memperjuangkan nasib MLT tapi lebih kepada pelajar universiti yang baru menamatkan pengajian. Perjuangan MLT sepatutnya berusaha menaikkan taraf diploma kepada degree dan seterusnya mendapat jawatan gred U41(contoh gred PTMP U17(sorry kalau salah hehe tak ingat) ke JTMP U29 yang telah diperjuangkan dan berjaya dibawa oleh Union terdahulu). Isu yang amat menarik yang patut diambil berat oleh Union. Perjuangan sepatutnya menghantar semua diploma holder upgred ambil degree berperingkat-peringkat macam Makcik dan Pakcik PJJ masa kat kolej dulu. Seterusnya barulah perjuangkan gred U41. Kita jadikan contoh PTMP ke MLT dahulu punya gred. Aku teringat kata2 aku kepada wakil union JTMP En Zulaidi di Symposium AllEights di Mendarin Hotel. Aku sempat berpesan cari yang cerdik pandai...MLT banyak yang cerdik pandai...diorg ni bukan calang-calang orang, ada yang lepasan matrikulasi...ada x universiti dan gred SPM pun bukan sebarangan. Dapatkan khidmat diorg ni...buat paperwork...kalau kita nak present pada yang atas kita kena cari orang yang pandai....yang bagus. Sekarang matlamat yang diperjuangkan oleh MLT telah dipertikaikan.....aku menyokong penuh kata-kata Gabenor Tapen. Bahasa aku masa muda2 dulu...."Gua cayalah sama lu".
No comments:
Post a Comment