20 November 2011

Airasia ada penumpang lap air

Pada 19hb Nov 2011 semasa aku dalam perjalanan menaiki Airasia ada satu pengalaman aku yang menjadi kelakar bagi aku. Naik saje ke udara tiba-tiba dihadapan aku kecoh kejap. Adalah penumpang mana letak air mineral water kat atas ni. Bila naik jer air tu tumpah kepada penumpang dibawahnya. tengoklah aksi mengelap air yang tumpah. Sabar jer lah mcm kena hujan le pulak. Peringatan buat aku jangan sekali2 bawa air letak kat atas nanti hujan hahahahah. Kelakar betullah kejadian ini.

Industry Executive Diploma Occupational Safety & Health Management OUM Kota Kinabalu

19 dan 20 hb November 2011 aku mengajar student PJJ untuk IEDOSH OUM Kota Kinabalu. Semalam aku membuat introduction tentang occupational health subject. Ada 23 student tapi yang hadir semalam 11 orang manakala hari ini 14 orang sahaja. Hari ini aku memberi tugasan kepada mereka semua untuk presentation HIRARC Health. Tugasan mereka bermula dari jam 12 tghhari sehingga jam 3 ptg. Start 3 petang mereka akan memberi presentation mengikut kumpulan masing-masing. Ini semua aku buat nak menolong diorang masa final exam nanti. 40% daripada aku melibatkan assignment. So aku bagi diorang 2 assignment...1. HIRARC di tempat kerja...2. HIRARC presentation melibatkan Health. Itu sahaja yang boleh aku bantu mereka untuk exam final nanti. Harap-harap mereka memberi persembahan yang baik insyaallah.
Cerita lak semasa aku nak datang ke sabah semalam... malam tu aku dah check-in awal2 termasuklah balik tgh malam tu aku dapat sms mengatakan flight delay...so aku pun terhegeh-hegeh lah buat tak tahu pagi tu...aku check in pun dekat pukul 9 pagi...sepatut flight jam 930...tapi sms kata delay jam 1030...so relaxlah. nak jadi cerita jam 930 dah panggil perhhh nasib baik aku dah sampai...sabarjelah...risiko check in online hahaha.
Masa dalam flight sama jugak kena tunggu orang...bermakna orang yang dpt sms mlm tadi comfirm terhegeh-hegeh...itulah MISS COMMUNICATION ANTARA PILOT DENGAN MANAGEMENT...pilot tak tahu delay...pilot tak tahu management dah delaykan masa penerbangan...last2 kena tunggu lah...sebab orang tahu delay...mcm biasalah relaxlah no need to rush.
Sesampai aku di Sabah aku terus check in di Hotel Tang Dynasty. Hotel cina yang tak ada tempat air nak basuh hadas besar dan air tak naik bila duduk tingkat 7...kuat lagi air kencing aku hahaha. Jam 2 ptg aku dah berada di OUM.Yang buat kelakar tengah aku terpinga-pinga...student tegur aku...diorang macam kenal je aku Cikgu mengajar EDOSH ka?...
Bermula lah slide pertama introduction Who Am I. Seterus Occupational Health Services. Occupational Toxicology. kelas akan disambung semula pada 3 dan 4 hb Disember 2011.

17 November 2011

PERLANTIKAN SEBAGAI PENSYARAH MODUL BAGI PROGRAM INDUSTRIAL EXECUTIVE DIPLOMA IN OCCUPATIONAL, SAFETY & HEALTH

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami ingin melantik tuan sebagai pensyarah modul dalam program di atas. Butir-butir modul tersebut adalah seperti berikut:-
Kelas IEDOSH 02 KOTA KINABALU(IEDOSH02-088)
Modul OCCUPATIONAL HEALTH SERVICES
Bahasa Penghantar Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris
Tarikh, Masa dan Hari Kelas 19 Nov 2011(Sabtu 2.00 ptg-7.00 ptg)
20 Nov 2011(Ahad 8.30 pagi-6.30 ptg)
3 Disember 2011(Sabtu 2.00 ptg-7.00 ptg)
4 Disember 2011(Ahad 8.30 pagi-6.30 ptg)
Jangkamasa Kelas 28 jam kuliah
Tarikh Peperiksaan 18 Disember 2011
Pusat Pembelajaran Sabah Learning Centre, Open University Malaysia, Block A,
Lot 1-10, Lintas Jaya Uptownship, Jalan Lintas, Kepayan Highway.

Bermulahah aku sebagai Pensyarah untuk student PJJ OUM Industrial Executive Occupational Safety & Health Management(IEDOSH). Ada 24 orang student...insyaallah akan memberi yang terbaik untuk mereka semua.

11 November 2011

TCB Resources

Hari ini 11/11/11 aku telah membuka Syarikat TCB Resources dengan SSM. Urusan selesai dan aku merasa amat puas sekali...akhirnya aku berjaya membuka syarikat milik aku sendiri. Tunggu dan lihat apa akan berlaku...hehehe

03 November 2011

Kesatuan Juruteknologi Makmal Perubatan (Union MLT)

Lagi xmasuk akal kalau yang sedia berkhidmat sebagai MLT xsampai 50 peratus yang ada ijazah. Kita ambil cara kesatuan dulu menaik taraf sijil ke diploma dimana walaupun jawatan tersebut diwujudkan...ptmp tetap diberi peluang untuk melanjutkan pengajian. Dan peluang ini diberi kepada ramai ptmp untuk mendapatkan diploma di imr. Menyimpang jauh yang kali ini dimana mengambil peratusan pelajar lepasan universiti yang mempunyai ijazah tetapi tidak menganbil kira bilangan MLT yang ada ijazah dimana ternyanya jumlah tersebut kecil sahaja dan xsampai 50 peratus pun.
Jadi...dengan itu sudah nyata bahawa pencapaian ini bukan untuk MLT yang sedang berkhidmat tetapi lebih kepada pelajar universiti yang baru menamatkan pengajian. Bukan xboleh buat begitu tetapi biarlah yang sedang berkhidmat di seluruh negara diberi peluang yang sama seperti PTMP di masa dulu.
Semua org boleh memberikan petunjuk khayalan dimana boleh mengambil ijazah. Mmg mudah kalau setakat kata macam tu tetapi hakikatnya kuota pengambilan sangatlah kecil dan ini tidak diperjuangkan oleh kesatuan. Sedangkan MA n nurse dan juga guru boleh mendapatkan ijazah secara pjj cukup mudah dangan OUM. Untul MLT tidak ada kerana kesatuan lebih suka pejuangkan jawatan berbanding dengan pendidikan.

Kata-kata http://www.facebook.com/seliparcabuk diatas .
Kesatuan JTMP(Union) sedang memperjuangkan nasib MLT iaitu degree holder. Perjuangan yang boleh dikata untuk memperjuangkan nasib MLT degree holder, perjuanganuntuk mendapatkan jawatan gred U41. Yang menarik kata2 Gabenor Tapen diatas perjuangan bukan memperjuangkan nasib MLT tapi lebih kepada pelajar universiti yang baru menamatkan pengajian. Perjuangan MLT sepatutnya berusaha menaikkan taraf diploma kepada degree dan seterusnya mendapat jawatan gred U41(contoh gred PTMP U17(sorry kalau salah hehe tak ingat) ke JTMP U29 yang telah diperjuangkan dan berjaya dibawa oleh Union terdahulu). Isu yang amat menarik yang patut diambil berat oleh Union. Perjuangan sepatutnya menghantar semua diploma holder upgred ambil degree berperingkat-peringkat macam Makcik dan Pakcik PJJ masa kat kolej dulu. Seterusnya barulah perjuangkan gred U41. Kita jadikan contoh PTMP ke MLT dahulu punya gred. Aku teringat kata2 aku kepada wakil union JTMP En Zulaidi di Symposium AllEights di Mendarin Hotel. Aku sempat berpesan cari yang cerdik pandai...MLT banyak yang cerdik pandai...diorg ni bukan calang-calang orang, ada yang lepasan matrikulasi...ada x universiti dan gred SPM pun bukan sebarangan. Dapatkan khidmat diorg ni...buat paperwork...kalau kita nak present pada yang atas kita kena cari orang yang pandai....yang bagus. Sekarang matlamat yang diperjuangkan oleh MLT telah dipertikaikan.....aku menyokong penuh kata-kata Gabenor Tapen. Bahasa aku masa muda2 dulu...."Gua cayalah sama lu".

AllEights Symposium

AllEights Symposium di Mandarin Oriental KualaLumpur. Pada symposium ini aku stay kat Mandarin Hotel...perhh bilik memang menarik dan high class bagi aku yang low class ni. Apa yang aku dapat disini selain bilik yang menarik...aku dapat berjumpa dengan cikgu lama aku. Mr Ng Kian Seng cikgu Hematology aku semasa di Kolej Teknologi Makmal Perubatan, IMR. Ada juga jumpa 2 cikgu lain tapi sempat jumpa last sem sebab masa tu diorg berdua lecturer baru. Sembang-sembang...diorg tanyalah tentang diri aku. Aku pun ceritalah...aku baru habis konvo kat UUM ambil masters. Cikgu aku kira terkejut jugalah bila dapat tahu yang aku dah ada masters. Aku berteru-terang dengan dia...yang aku takde first degree...tapi aku ada masters...aku forward experience aku selama 15 tahun dalam bidang laboratory. Dia cakap tak ramai orang berpeluang macam aku ni...hehehe...aku pun tahu...tak ramai berpeluang...kalau dapat peluang pun...tak tentu lepas lagi....teringat masa buat masters dulu...komitmen pada kerja...pada keluarga....pada pelajaran....aduh...seksa nak mampus hehehe. Exam masters mesti pointer 3.0...maksudya pointer GPA mesti 3.0 below considered gagal. Kena maintain CGPA 3.0...hehe aku last dapat gak CGPA 3.33 Bila masuk project paper paling dasyat...mengerikan hypotesis...hypotesis...literature review... methodology review...data analysis.... conclusion...aduh...ramai orang tak lepas semasa buat masters semua sebabkan Thesis aje....memang stress....Kalau aku nak buat PhD nanti hypotesis lagi.....lepas tu....viva...mampus hahahaha. Tapi niat kat hati memang nak dapatkan juga PhD...nak jadi hehe...try tulis sikit cantik tak Dr. Roshezam bin Abdul Hamid amacam hehehe...adakah ini cuma angan2...atau bolehkah menjadi kenangan. Baru ni jumpa member Ravin medinic...dah ada Dr. dia amik DBA...dia lak siap tulis Dr.Roshezam...I tunggu u 3 more years...or 4 years from now...so dia cakap 2 hb Nov 2011...kita tunggu dan lihat jerlah...hehehe